Nama Anak Yang Baik Dalam Islam
1.0
Nama Anak Yang Baik Dalam Islam Adalah menjadi hak anak dan kewajipan yang mesti dipenuhi oleh ibubapa memberikan nama yang baik kepada bayi yang baru dilahirkan. Memberikan seseorang nama-nama yang baik dan elok menjadi tuntutan Islam dan budaya Melayu. Peribahasa ada menyatakan bahawa;
“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.
.
Dalam satu majlis, seorang anak menemui Khalifah Umar dan bertanya mengenai hak seorang anak ke atas bapanya, beliau telah menjelaskan: “Memilih ibunya, memperelokkan namanya dan mengajarkan kepadanya al-Quran.”
Sebab itu setiap pemilihan, sebaik-baiknya ada tujuan dan dengan maksud yang boleh menjadi atau mengandungi doa, boleh dipercayai serta berkaitan pula dengan pembentukan sahsiah anak tersebut.
.
.
Kekal Sehingga Akhirat.
Islam menganjurkan pemilihan nama yang baik, kerana ia lambang identiti seseorang dan nama itulah ia akan dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan sampai ke hari akhirat. Apabila orang memanggilnya dengan nama tersebut, maka pada sepanjang hayatnya, mereka seolah-olah berdoa untuk anak tersebut.
.
Seorang Muslim wajib percaya kepada hari kebangkitan dan perlu mengakui bahawa nama yang diberikan kepada anak di dunia akan kekal digunakan di akhirat.
Semoga Bermanfaat......
Celkové hodnocení
Pro hodnocení programu se prosím nejprve přihlaste
Souhrnné informace o Nama Anak Yang Baik Dalam Islam
-
Verze programu
1.0
-
Autor
-
Potřeba instalace
ano
-
Staženo
1× celkem
0× tento měsíc
-
Poslední aktualizace
30. 9. 2017